]

Saturday 22 September 2012

Wakil Rakyat

Aku masih ingat lagi masa aku darjah satu dulu, aku ni suka berjalan. Celik je mata terus bersiap-siap nak pergi ronda satu kawasan rumah.

Mak aku selalu panggil aku wakil rakyat atau YB. Tambah-tambah bila pagi-pagi aku dah bersedia nak pergi meronda je mesti corong radio mak aku keluar lagu Diari YB nyanyian ND Lala. Saudara saudari tak ingat ke lagu ni? Meh dengar kat bawah ni haa.




Mak aku kalau dengar lagu ni mesti kaitkan dengan aku. Tapi sampai sekarang, tak ada la pula anak dia ni jadi YB atau wakil rakyat. 

Inilah kerja aku dari kecil. Kalau tak jalan-jalan dengan kaki, aku naik basikal. Bila dah ronda-ronda tu, nampak saja geng tengah main polis sentri ke, galah panjang ke (kami panggil main toy), batu seremban ke, mulala aku menyinggah. 

Tengah hari aku balik untuk makan. Kemudian pergi balik. Dah bila masa la aku nak belajar buat kerja rumah atau memasak atau bla bla bla.

Kerja aku masa tak sekolah ialah pergi jalan-jalan, ronda-ronda, main-main lalu dah senja baru balik rumah. Mengaji lepas tu tengok TV kemudian Tidur. 

Hebat...tu je lah kerja aku sampai ke besar???

Bersambung lerr yerr.......

Tuesday 18 September 2012

Al Kisah

Beginilah bermulanya kisah seorang aku…

Aku ni bukanlah dilahirkan atau dibesarkan dalam keluarga yang kaya ataupun ada pembantu rumah, tukang kebun dan pemandu.
Tetapi! Tapi…tapi kan…mak aku ni seorang yang amat-amatlah penyayang, ambil berat dan baik hati. ( Eh, bukan mak semua orang pun macam tu ke?)
Tetapi! Tapi kan…mak aku bukanlah jenis yang suka marah-marah anak dia atau paksa suruh buat kerja rumah macam-macam. Mak aku suka buat semua tu sendiri.
Tetapi! Itu bukan bermakna aku ni anak yang sanggup tengok mak aku memasak, mengemas dan macam-macam lagi sendiri tanpa tolong apa-apa. Aku tolong je. Tapi, kalau ikut peratus, dalam 20 peratus je. Huhu. (Teruk kan, kan?)
Mak aku kadang-kadang ada la bebel juga. Tapi mak aku sekadar bagi nasihat. Lebih kurang macam ni la ayat dia,
“Belajar la buat kerja rumah…nanti dah jadi isteri dan ibu senang…”
Tetapi! Tapi kan..nasihat tu mak aku cakap pun masa aku dah tingkatan lima..huhu memang susahla nak ubah sikap…
Tetapi! Tapi apa?
Tunggu sambungannya……..

Mukadimah

Akhirnya terbina jua sebuah blog untuk aku kongsikan bersama saudara saudari semua tentang kisah hidup aku yang penuh dengan pancaroba.

Eh, eh! Kejap, kejap! Bukanlah kisah aku ini ibarat kes juvana atau kes penderaan atau apa-apa kes yang sampai perlu campur tangan polis, peguam, mahupun ketua kampung. Hehe...

Kisah aku ini mungkin kadang-kala macam menjelekkan, tapi...tapi..penuh dengan pengajaran tau!

Semuanya aku nak kongsikan pun untuk kebaikan saudara saudari semua serta generasi akan datang...(berangan macam blog ni bertahan sampai 30 tahun lagi).

Paling penting, motif dan perjuangan sebenar blog aku ni supaya anak-anak gadis yang biasa hidup manja bawah ketiak mak abah sedar diri sikit. (aku ler tu...)

Walaupun kita anak manja, menggedik, mengada-ngada sebelum kahwin, kita boleh jadi seorang isteri yang kuat, berdikari dan supermom tau selepas kahwin! Tak mustahil!

Apa yang penting, semangat dan kesungguhan untuk memperbaiki diri dan belajar, belajar dan terus belajar sesuatu yang baru.

Saudara saudari dah sedia?

Jom kita mulakan!!! 


Agaknya anak manja muka macam ni la bila bengang dan merajuk